NAMA PROGRAM
|
BENGKEL
PROSES TEKNIK BAHAN BUKU
|
|||||||||
TARIKH
|
2 JUN 2016
|
|||||||||
MASA
|
12.30 TENGAHARI – 4.30 PETANG
|
|||||||||
PENGLIBATAN
|
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
AJK PUSAT SUMBER
PENGAWAS PSS TAHUN
MURID TAHUN 6
|
|||||||||
OBJEKTIF
|
1.
Memberi pendedahan mengenai
cara memproses buku secara automasi e-proses dengan cara yang betul.
2.
Memberi penngetahuan mengenai
kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber SK Tok Mat Salleh
|
|||||||||
PELAKSANAAN
|
-
12.30 t/hari : Pendaftaran murid. Seramai 21 orang murid
mengikuti Bengkel pada 2 Jun 2016.
-
1.00 petang : Makan tengahari, Nasi putih + Ayam Masak
Merah+ Sayur Kubis dan Solat Zohor diimamkan oleh Muhammad Haikal Jamaluddin
-
2.30 petang : Taklimat Bengkel Proses Teknik Buku
disampaikan oleh Teacher Ummi Kalsom Bin Ahmad.
-
3.00 petang : Perlaksanaan Bengkel dikendalikan oleh
Cikgu Hussalwa Hussain dan dibantu oleh Ustazah Azura Mohamad dan Pn Ummi
Kalsom Ahmad.
-
Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
-
Murid diberikan buku baru
untuk laksanakan proses teknik.
-
Murid mengisi maklumat buku
ke dalam slip kerja berAuomasi . Slip tersebut mengikut daftar buku baru
dalam sistem eproses.
-
Murid Mengecap hak milik buku
pada muka surat judul, muka surat rahsia dan bahagian dalam belakang kulit
buku.
-
Murid mengecap Cop Perolehan
pada muka surat judul. Murid menulis maklumat dalam Cop Perolehan.
-
Guru memberikan nombor
perolehan mengikut kumpulan.
-
40 buah buku siap diproses
teknik
-
4.30 petang :
Pengumpulan Buku mengikut nombor perolehan.
-
4.45 petang :
Pn. Ummi Kalsom membuat rumusan bengkel pada hari tersebut dan
mengingatkan murid tentang kepentingan menjaga buku. Murid dibekalkan dengan
roti dan air kotak sebelum pulang.
-
Makan petang disumbangkan
oleh Pn Ummi Kalsom Ahmad.
-
5.00 petang :
Bersurai
|
|||||||||
IMPLIKASI KEWANGAN
|
|
|||||||||
LAMPIRAN
|
-
Slip Kerja BerAutomasi
eproses
-
Nota ringkas Panduan Proses
Teknik Bahan Buku
-
Nota Power Point Takimat Proses Teknik Bahan Bukan Buku
|
|||||||||
ULASAN
|
Alhamduillah.
Bengkel Proses Teknik Bahan Bukan Buku telah dapat dilaksanakan dengan
jayanya dengan sokongan daripada Guru Besar, Pn Rosida Rashid. Tahniah dan
Syabas diucapkan kepada semua peserta yang terdiri daripada Pengawas PSS dan
Murid tahun 6 yang berjaya melaksanakan Proses Teknik Bahan Buku. Terima
Kasih yang tidak terhingga kepada AJK Pusat Sumber 2016 Khususnya Pn Ummi
Kalsom dan Ustazah Azura. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada program
ini. Sijil Penyertaan akan disampaikan pada hari Ahad waktu perhimpunan. Terima
kasih.
|
Isnin, 22 Ogos 2016
Bengkel Proses Teknik Bahan Buku
Isnin, 30 September 2013
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SKTMS
Bersempena 56 tahun kemerdekaan, SK Tok Mat Salleh telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah berlangsung sepanjang bulan Ogos sehingga pertengahan September. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak sekolah bersama PSS. Sambutan dimualakan dengan program " Di Ambang Kemerdekaan" pada hari Ahad, 25 Ogos 2013. Antara aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan adalah Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Mewarna, Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Basikal Berhias, Pakaian Patriotik, Kelas Tercantik dan Kayuhan Merdeka dari SKTMS ke Pantai Murni, Yan.
Acara Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Sk Tok Mat Salleh, En. Hashim Mohamad Yusub.
Acara Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Sk Tok Mat Salleh, En. Hashim Mohamad Yusub.
| "Di Ambang Kemerdekaan" bersama murid-murid Prasekolah Wardah. |
| Bersemangat "Kayuhan Merdeka" dari SKTMS ke Pantai Murni, Yan |
| Memeriksa Basikal sebelum Kayuhan Merdeka |
| PK Pentadbiran & PK HEM bergambar bersama Basikal Berhias |
| Pemenang bersama "Basikal Berhias" |
| Nur Syamimi bangga mengenakan pakaian patriotik |
| Antara Pakaian Patriotik yang menjadi tumpuan |
| Finalis Pakaian Patriotik |
| Ceria...Murid-murid yang tidak dapat berbasikal |
| Sebelum bertolak ke Pantai Murni, Yan |
| Bersemangat untuk "Kayuhan Merdeka" |
| Add caption |
| Konvoi |
| PK Ko-Kurikulum |
Isnin, 2 Julai 2012
Syukur, Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En.Amizar Md Zain . Bagi memberkati majlis, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azahar bin Sudin. Seterusnya Taklimat Sambutan Hari Buku Sedunia 2012 oleh En Amizar Md Zain selaku Penolong Setiausaha Pusat Sumber Sekolah.
Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Siti Juraiha Jali untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Bagaimana Menjaga Sebuah Buku ?. Majlis diserikan dengan persembahan murid tahun 2 dan 5. Acara kemuncak ialah ucapan Perasmian dan seterusnya acara memotong kek berbentuk buku sambil diiringi dengan alunan muzik angklung yang menandakan bermulanya Pelancaran Hari Buku Sedunia.
Pelancaran ini telah disempurnakan oleh En. Jaluddin b. Salleh selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu Nilam. Antara Aktiviti yang dijalankan diperingkat sekolah ialah Ceramah Buku, Kuiz NILAM, Pertandingan Menulis Karangan ‘Aku Sebuah Buku’, Pertandingan Melukis Kulit Buku “ Bunga Oh Bunga”,Pertandingan Meneka Jumlah Buku dan Pameran Buku Baru. Aktiviti ini dijalankan selama 2 minggu iaitu bermula pada 29/4/2012 hingga 13/5/2012 yang melibatkan murid tahap 1 dan 2. Semua pemenang telah diraikan pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Buku Sedunia dengan penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh En. Mohd Rosli B. Hj Hassan selaku Pemangku Guru Besar SKTMS. Semoga majlis ini dapat memberi manfaat untuk semua pihak. Mudah-mudahan matlamat untuk mengekalkan budaya membaca dikalangan pelajar dapat dicapai. Dengan berakhirnya program ini diharap semua murid lebih menyayangi buku dan mencintai ilmu. Kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung menjayakan majlis ini diucapkan jutaan terima kasih.
| Simbolik... |
Pelancaran ini telah disempurnakan oleh En. Jaluddin b. Salleh selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu Nilam. Antara Aktiviti yang dijalankan diperingkat sekolah ialah Ceramah Buku, Kuiz NILAM, Pertandingan Menulis Karangan ‘Aku Sebuah Buku’, Pertandingan Melukis Kulit Buku “ Bunga Oh Bunga”,Pertandingan Meneka Jumlah Buku dan Pameran Buku Baru. Aktiviti ini dijalankan selama 2 minggu iaitu bermula pada 29/4/2012 hingga 13/5/2012 yang melibatkan murid tahap 1 dan 2. Semua pemenang telah diraikan pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Buku Sedunia dengan penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh En. Mohd Rosli B. Hj Hassan selaku Pemangku Guru Besar SKTMS. Semoga majlis ini dapat memberi manfaat untuk semua pihak. Mudah-mudahan matlamat untuk mengekalkan budaya membaca dikalangan pelajar dapat dicapai. Dengan berakhirnya program ini diharap semua murid lebih menyayangi buku dan mencintai ilmu. Kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung menjayakan majlis ini diucapkan jutaan terima kasih.
Khamis, 19 April 2012
PELANCARAN NILAM 2012
Tarikh : 15 April 2012 (Ahad)
Tempat : SK Tok Mat Salleh, Kg. Ruat, Yan.
Tempat : SK Tok Mat Salleh, Kg. Ruat, Yan.
Alhamdulillah,
syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama melaksanakan majlis pelancaran program NILAM.
Satu program yang cukup bermakna bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid
sekolah rendah dan menengah, disamping mempelbagaikan aktiviti galakan membaca
yang kreatif, inovatif dan berkesan. Secara tidak langsung, dapat menerapkan
naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.
Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah bagi
tahun ini.
Hari pelancaran berlangsung
pada 15 APRIL 2012 iaitu pada hari AHAD. Bermula pada jam 7.40 pagi hingga 8.30
pagi. Hari pelancaran ini diadakan
bertujuan untuk melancarkan satu program aktiviti galakan membaca dikalangan
murid dengan memberi ganjaran atau pengiktirafan bagi yang melebihi skala
pencapaian yang telah ditetapkan.
| Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azahar. |
| Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. |
Pelancaran ini telah
dirasmikan oleh Pemangku Guru Besar, Y.Bhg Ustaz Mohd Rosli Bin Hj Hassan di
tapak perhimpunan sekolah. Sebaik sahaja perasmian dilakukan, murid-murid yang
berjaya menjawab soalan kuiz pada pagi itu diberi hadiah serta hadiah hamper
bagi kelas bacaan NILAM terbanyak pada tahun 2011 yang telah melebihi skala
pencapaian bagi jumlah bacaan buku iaitu 360 ke atas .
| Ucapan Penyelaras NILAM, Pn. Aniza Ishak. |
| Pn. Siti Juraiha selaku Pengacara Majlis. |
| Bicara Buku oleh adik Nur Hanis Syazana yang telah mewakili PKG Yan dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat daerah KMY. |
| Perasmian oleh Ustaz Mohd Rosli Bin Hj Hassan. |
Tahniah kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan
semangat dan kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan lagi pada
masa akan datang. Sesungguhnya segala usaha yang baik dan kesungguhan yang jitu
pasti membuahkan hasil yang berlipat ganda.
| Hadiah Kelas Bacaan NILAM terbanyak bagi tahun 2011 dimenangi oleh Kelas Tahun 4 (2011) |
| Nyanyian Lagu NILAM beramai-ramai menutup tirai majlis perasmian NILAM bagi tahun ini. |
Rabu, 11 April 2012
Kejayaan HARI JUALAN SKTMS kali ke-2
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua warga SKTMS kerana melaksanakan HARI JUALAN 2012 dengan jayanya. Alhamdulillah, semua perancangan yang diatur dapat disempurnakan dengan baik. Terima kasih tidak terhingga kepada semua warga kerja dan tidak lupa kepada semua waris dan tetamu yang sudi memeriahkan Hari Jualan tersebut. Terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi..
Dalam kesibukan 'cikgu-cikgi' berniaga, sempat lagi snap berkeping-keping gambar. (of coz la untuk tujuan dokumentasi kan..)
Dalam kesibukan 'cikgu-cikgi' berniaga, sempat lagi snap berkeping-keping gambar. (of coz la untuk tujuan dokumentasi kan..)
Langgan:
Catatan (Atom)