Isnin, 2 Julai 2012

Syukur, Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En.Amizar Md Zain . Bagi memberkati majlis, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azahar bin Sudin. Seterusnya Taklimat Sambutan Hari Buku Sedunia 2012 oleh En Amizar Md Zain selaku Penolong Setiausaha Pusat Sumber Sekolah. Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Siti Juraiha Jali untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Bagaimana Menjaga Sebuah Buku ?. Majlis diserikan dengan persembahan murid tahun 2 dan 5. Acara kemuncak ialah ucapan Perasmian dan seterusnya acara memotong kek berbentuk buku sambil diiringi dengan alunan muzik angklung yang menandakan bermulanya Pelancaran Hari Buku Sedunia. 

 
Simbolik...


Pelancaran ini telah disempurnakan oleh En. Jaluddin b. Salleh selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu Nilam. Antara Aktiviti yang dijalankan diperingkat sekolah ialah Ceramah Buku, Kuiz NILAM, Pertandingan Menulis Karangan ‘Aku Sebuah Buku’, Pertandingan Melukis Kulit Buku “ Bunga Oh Bunga”,Pertandingan Meneka Jumlah Buku dan Pameran Buku Baru. Aktiviti ini dijalankan selama 2 minggu iaitu bermula pada 29/4/2012 hingga 13/5/2012 yang melibatkan murid tahap 1 dan 2. Semua pemenang telah diraikan pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Buku Sedunia dengan penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh En. Mohd Rosli B. Hj Hassan selaku Pemangku Guru Besar SKTMS. Semoga majlis ini dapat memberi manfaat untuk semua pihak. Mudah-mudahan matlamat untuk mengekalkan budaya membaca dikalangan pelajar dapat dicapai. Dengan berakhirnya program ini diharap semua murid lebih menyayangi buku dan mencintai ilmu. Kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung menjayakan majlis ini diucapkan jutaan terima kasih.