Isnin, 2 Julai 2012

Syukur, Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En.Amizar Md Zain . Bagi memberkati majlis, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azahar bin Sudin. Seterusnya Taklimat Sambutan Hari Buku Sedunia 2012 oleh En Amizar Md Zain selaku Penolong Setiausaha Pusat Sumber Sekolah. Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Siti Juraiha Jali untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Bagaimana Menjaga Sebuah Buku ?. Majlis diserikan dengan persembahan murid tahun 2 dan 5. Acara kemuncak ialah ucapan Perasmian dan seterusnya acara memotong kek berbentuk buku sambil diiringi dengan alunan muzik angklung yang menandakan bermulanya Pelancaran Hari Buku Sedunia. 

 
Simbolik...


Pelancaran ini telah disempurnakan oleh En. Jaluddin b. Salleh selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu Nilam. Antara Aktiviti yang dijalankan diperingkat sekolah ialah Ceramah Buku, Kuiz NILAM, Pertandingan Menulis Karangan ‘Aku Sebuah Buku’, Pertandingan Melukis Kulit Buku “ Bunga Oh Bunga”,Pertandingan Meneka Jumlah Buku dan Pameran Buku Baru. Aktiviti ini dijalankan selama 2 minggu iaitu bermula pada 29/4/2012 hingga 13/5/2012 yang melibatkan murid tahap 1 dan 2. Semua pemenang telah diraikan pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Buku Sedunia dengan penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh En. Mohd Rosli B. Hj Hassan selaku Pemangku Guru Besar SKTMS. Semoga majlis ini dapat memberi manfaat untuk semua pihak. Mudah-mudahan matlamat untuk mengekalkan budaya membaca dikalangan pelajar dapat dicapai. Dengan berakhirnya program ini diharap semua murid lebih menyayangi buku dan mencintai ilmu. Kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung menjayakan majlis ini diucapkan jutaan terima kasih.

Khamis, 19 April 2012

PELANCARAN NILAM 2012

Tarikh  :  15 April 2012 (Ahad)
Tempat :  SK Tok Mat Salleh, Kg. Ruat, Yan.


Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama  melaksanakan majlis pelancaran program NILAM. Satu program yang cukup bermakna bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid sekolah rendah dan menengah, disamping mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan. Secara tidak langsung, dapat menerapkan naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah bagi tahun ini.

Hari pelancaran berlangsung pada 15 APRIL 2012 iaitu pada hari AHAD. Bermula pada jam 7.40 pagi hingga 8.30 pagi. Hari pelancaran  ini diadakan bertujuan untuk melancarkan satu program aktiviti galakan membaca dikalangan murid dengan memberi ganjaran atau pengiktirafan bagi yang melebihi skala pencapaian yang telah ditetapkan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azahar.


Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah.


Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pemangku Guru Besar, Y.Bhg Ustaz Mohd Rosli Bin Hj Hassan di tapak perhimpunan sekolah. Sebaik sahaja perasmian dilakukan, murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz pada pagi itu diberi hadiah serta hadiah hamper bagi kelas bacaan NILAM terbanyak pada tahun 2011 yang telah melebihi skala pencapaian bagi jumlah bacaan buku iaitu 360 ke atas . 


Ucapan Penyelaras NILAM, Pn. Aniza Ishak.

Pn. Siti Juraiha selaku Pengacara Majlis.

Bicara Buku oleh adik Nur Hanis Syazana yang telah mewakili
PKG Yan dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat daerah KMY.

Perasmian oleh Ustaz Mohd Rosli Bin Hj Hassan.


Tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan semangat dan kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Sesungguhnya segala usaha yang baik dan kesungguhan yang jitu pasti membuahkan hasil yang berlipat ganda.

Hadiah Kelas Bacaan NILAM terbanyak bagi tahun 2011 dimenangi oleh Kelas Tahun 4 (2011)

Nyanyian Lagu NILAM beramai-ramai menutup tirai majlis perasmian NILAM bagi tahun ini.

Rabu, 11 April 2012

Kejayaan HARI JUALAN SKTMS kali ke-2

 
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua warga SKTMS kerana melaksanakan HARI JUALAN 2012 dengan jayanya. Alhamdulillah, semua perancangan yang diatur dapat disempurnakan dengan baik. Terima kasih tidak terhingga kepada semua warga kerja dan tidak lupa kepada semua waris dan tetamu yang sudi memeriahkan Hari Jualan tersebut. Terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi..

Dalam kesibukan 'cikgu-cikgi' berniaga, sempat lagi snap berkeping-keping gambar. (of coz la untuk tujuan dokumentasi kan..)