Ahad, 6 November 2011

READ 2011

Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011



Poster READ2011 yang dibekalkan oleh pihak Scholastic

Book Review





'Storytelling by Nurul Atiqah Fakri, Year 1.'


'Poetry Recitation by Sir Muzaini'

'Reading Together'

Penyampaian Sijil, 'Sticker & Bookmark'

 

Satu Perhimpunan Khas telah diadakan di peringkat sekolah bagi menjayakan Program READ2011: One Nation Reading Together dan Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011) . Program ini telah dilaksanakan secara 2 fasa. Fasa pertama di tapak perhimpunan dan fasa kedua di makmal komputer.

Fasa Pertama

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh (SKTMS). Pn. Nabilah selaku guru bertugas pada minggu ini telah menyempurnakan tugas dengan baik sekali sebagai pengacara majlis bagi Perhimpunan Khas sempena Read2011 dan KM1M 2011. Program ini telah dilancarkan oleh Pen.Kanan Pentadbiran iaitu En. Mohd Rosli B. Hj Hassan.
Pelancarannya telah diadakan pada :-

Tarikh : 3 November 2011 ( Khamis)
Masa   : 8.00 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit)
Tempat : SK Tok Mat Salleh, Kg Ruat, Yan, Kedah    
Tema   : Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia

Aturcara Majlis:
8.00 pagi  Ucapan Pengerusi Majlis
8.03 pagi  Nyanyian Membaca Gaya Wawasan
8.08 pagi  Pelancaran dan Taklimat ringkas READ2011 
           dan KM1M 2011
8.13 pagi  Book review oleh wakil murid tahun 
           2,3,4,5 dan 6
8.18 pagi  Action Song  oleh murid tahun 1
8.23 pagi  Story telling oleh wakil murid tahun 1
8.26 pagi  Reading together secara serentak olah guru 
           dan murid diketuai oleh      
           Sir Muzaini  (Tajuk: One Malaysia 
           dan National Flower)
8.31 pagi  Penyampaian Sijil, Penanda Buku dan Pelekat 
           kepada murid yang mengambil  bahagian. 
           Hadiah ditaja oleh Scholastic
8.35 pagi  Bersurai

Fasa kedua 
 




Tarikh : 3 November 2011 ( Rabu)
Masa : 10.45 pagi ( 2,011 saat @ 33.5 minit)
Tempat : Makmal Komputer SKTMS

Program ini telah dijalankan di makmal komputer bersama murid tahap 2. Program READ2011 dikendalikan oleh Pn. Ummi Kalsom Binti Ahmad. Program ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dengan penayangan cerita menggunakan e-book berjudul ‘The Mummy’. Murid yang menonton dikehendaki membaca bersama-sama secara lisan
dengan suara yang kuat dengan bimbingan guru. Cerita ini ditayangkan selama 35minit berserta dengan beberapa pengisian aktiviti interaktif seperti:

i) Menyusun ayat membentuk sebuah cerita
ii) Memadankan gambar dengan penyataan
iii) “phonic”
iv) Kamus bergambar

Murid yang menyertai program ini diberikan sijil. ‘sticker’ dan penanda buku yang dibekalkan oleh pihak Scholastic Malaysia.

Selasa, 4 Oktober 2011

Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Bengkel ini telah diadakan di SMK Seri Badong dan SK Tok Mat Salleh pada 3 Oktober 2011.  Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya.

Sekitar Bengkel Asas Pengurusan PSS dari Blog PKG Yan













Khamis, 25 Ogos 2011

Khamis, 21 Julai 2011

Bulan Membaca Peringkat Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh Tahun 2011

AKTIVITI BULAN MEMBACA
TAHUN 2011

        Sepanjang bulan Julai 2011, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan Membaca. Perasmian Bulan Membaca telah diadakan pada 05 Julai 2011 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Tok Mat Salleh iaitu En. Hasim bin Din. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan, bercerita, ulasan buku dan sajak. Setiap kelas dibekalkan dengan buku – buku cerita untuk sudut bacaan di dalam kelas.
Pada bulan ini juga, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan membaca. Aktiviti – aktiviti yang telah diadakan merangkumi penglibatan  murid – murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan ialah :

·        Panitia Bahasa Melayu -  Mengarang Esei Pendek, Kuiz, dan Membina Perkataan
·        Panitia Bahasa Inggeris  - Kuiz, Crossword Puzzle dan  Grammar
·        Panitia Bahasa Arab - Kuiz dan Pertandingan Nyanyian Bahasa Arab

Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik dikalangan murid – murid SK Tok Mat Salleh.