Tarikh : 15 April 2012 (Ahad)
Tempat : SK Tok Mat Salleh, Kg. Ruat, Yan.
Alhamdulillah,
syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita bersama-sama melaksanakan majlis pelancaran program NILAM.
Satu program yang cukup bermakna bagi memupuk budaya membaca dikalangan murid
sekolah rendah dan menengah, disamping mempelbagaikan aktiviti galakan membaca
yang kreatif, inovatif dan berkesan. Secara tidak langsung, dapat menerapkan
naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.
Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah bagi
tahun ini.
Hari pelancaran berlangsung
pada 15 APRIL 2012 iaitu pada hari AHAD. Bermula pada jam 7.40 pagi hingga 8.30
pagi. Hari pelancaran ini diadakan
bertujuan untuk melancarkan satu program aktiviti galakan membaca dikalangan
murid dengan memberi ganjaran atau pengiktirafan bagi yang melebihi skala
pencapaian yang telah ditetapkan.
 |
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azahar. | | |
|
|
 |
Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. |
Pelancaran ini telah
dirasmikan oleh Pemangku Guru Besar, Y.Bhg Ustaz Mohd Rosli Bin Hj Hassan di
tapak perhimpunan sekolah. Sebaik sahaja perasmian dilakukan, murid-murid yang
berjaya menjawab soalan kuiz pada pagi itu diberi hadiah serta hadiah hamper
bagi kelas bacaan NILAM terbanyak pada tahun 2011 yang telah melebihi skala
pencapaian bagi jumlah bacaan buku iaitu 360 ke atas .
 |
Ucapan Penyelaras NILAM, Pn. Aniza Ishak. |
 |
Pn. Siti Juraiha selaku Pengacara Majlis. |
 |
Bicara Buku oleh adik Nur Hanis Syazana yang telah mewakili
PKG Yan dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat daerah KMY. |
 |
Perasmian oleh Ustaz Mohd Rosli Bin Hj Hassan. |
Tahniah kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan
semangat dan kerjasama yang ada, program seperti ini dapat diadakan lagi pada
masa akan datang. Sesungguhnya segala usaha yang baik dan kesungguhan yang jitu
pasti membuahkan hasil yang berlipat ganda.
 |
Hadiah Kelas Bacaan NILAM terbanyak bagi tahun 2011 dimenangi oleh Kelas Tahun 4 (2011) |
|
|
 |
Nyanyian Lagu NILAM beramai-ramai menutup tirai majlis perasmian NILAM bagi tahun ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan