Poster READ2011 yang dibekalkan oleh pihak Scholastic |
Book Review |
'Storytelling by Nurul Atiqah Fakri, Year 1.' |
'Poetry Recitation by Sir Muzaini' |
'Reading Together' |
Penyampaian Sijil, 'Sticker & Bookmark' |
Satu Perhimpunan Khas telah diadakan di peringkat sekolah bagi menjayakan Program READ2011: One Nation Reading Together dan Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011) . Program ini telah dilaksanakan secara 2 fasa. Fasa pertama di tapak perhimpunan dan fasa kedua di makmal komputer.
Fasa Pertama
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh (SKTMS). Pn. Nabilah selaku guru bertugas pada minggu ini telah menyempurnakan tugas dengan baik sekali sebagai pengacara majlis bagi Perhimpunan Khas sempena Read2011 dan KM1M 2011. Program ini telah dilancarkan oleh Pen.Kanan Pentadbiran iaitu En. Mohd Rosli B. Hj Hassan.
Pelancarannya telah diadakan pada :-
Tarikh : 3 November 2011 ( Khamis) Masa : 8.00 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit) Tempat : SK Tok Mat Salleh, Kg Ruat, Yan, Kedah Tema : Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia Aturcara Majlis: 8.00 pagi Ucapan Pengerusi Majlis 8.03 pagi Nyanyian Membaca Gaya Wawasan 8.08 pagi Pelancaran dan Taklimat ringkas READ2011 dan KM1M 2011 8.13 pagi Book review oleh wakil murid tahun 2,3,4,5 dan 6 8.18 pagi Action Song oleh murid tahun 1 8.23 pagi Story telling oleh wakil murid tahun 1 8.26 pagi Reading together secara serentak olah guru dan murid diketuai oleh Sir Muzaini (Tajuk: One Malaysia dan National Flower) 8.31 pagi Penyampaian Sijil, Penanda Buku dan Pelekat kepada murid yang mengambil bahagian. Hadiah ditaja oleh Scholastic 8.35 pagi Bersurai Fasa kedua
![]() |
Tarikh : 3 November 2011 ( Rabu)
Masa : 10.45 pagi ( 2,011 saat @ 33.5 minit)
Tempat : Makmal Komputer SKTMS
Program ini telah dijalankan di makmal komputer bersama murid tahap 2. Program READ2011 dikendalikan oleh Pn. Ummi Kalsom Binti Ahmad. Program ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dengan penayangan cerita menggunakan e-book berjudul ‘The Mummy’. Murid yang menonton dikehendaki membaca bersama-sama secara lisan
dengan suara yang kuat dengan bimbingan guru. Cerita ini ditayangkan selama 35minit berserta dengan beberapa pengisian aktiviti interaktif seperti:
i) Menyusun ayat membentuk sebuah cerita
ii) Memadankan gambar dengan penyataan
iii) “phonic”
iv) Kamus bergambar
Murid yang menyertai program ini diberikan sijil. ‘sticker’ dan penanda buku yang dibekalkan oleh pihak Scholastic Malaysia.