Ahad, 6 November 2011

READ 2011

Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011



Poster READ2011 yang dibekalkan oleh pihak Scholastic

Book Review





'Storytelling by Nurul Atiqah Fakri, Year 1.'


'Poetry Recitation by Sir Muzaini'

'Reading Together'

Penyampaian Sijil, 'Sticker & Bookmark'

 

Satu Perhimpunan Khas telah diadakan di peringkat sekolah bagi menjayakan Program READ2011: One Nation Reading Together dan Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011) . Program ini telah dilaksanakan secara 2 fasa. Fasa pertama di tapak perhimpunan dan fasa kedua di makmal komputer.

Fasa Pertama

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh (SKTMS). Pn. Nabilah selaku guru bertugas pada minggu ini telah menyempurnakan tugas dengan baik sekali sebagai pengacara majlis bagi Perhimpunan Khas sempena Read2011 dan KM1M 2011. Program ini telah dilancarkan oleh Pen.Kanan Pentadbiran iaitu En. Mohd Rosli B. Hj Hassan.
Pelancarannya telah diadakan pada :-

Tarikh : 3 November 2011 ( Khamis)
Masa   : 8.00 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit)
Tempat : SK Tok Mat Salleh, Kg Ruat, Yan, Kedah    
Tema   : Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia

Aturcara Majlis:
8.00 pagi  Ucapan Pengerusi Majlis
8.03 pagi  Nyanyian Membaca Gaya Wawasan
8.08 pagi  Pelancaran dan Taklimat ringkas READ2011 
           dan KM1M 2011
8.13 pagi  Book review oleh wakil murid tahun 
           2,3,4,5 dan 6
8.18 pagi  Action Song  oleh murid tahun 1
8.23 pagi  Story telling oleh wakil murid tahun 1
8.26 pagi  Reading together secara serentak olah guru 
           dan murid diketuai oleh      
           Sir Muzaini  (Tajuk: One Malaysia 
           dan National Flower)
8.31 pagi  Penyampaian Sijil, Penanda Buku dan Pelekat 
           kepada murid yang mengambil  bahagian. 
           Hadiah ditaja oleh Scholastic
8.35 pagi  Bersurai

Fasa kedua 
 




Tarikh : 3 November 2011 ( Rabu)
Masa : 10.45 pagi ( 2,011 saat @ 33.5 minit)
Tempat : Makmal Komputer SKTMS

Program ini telah dijalankan di makmal komputer bersama murid tahap 2. Program READ2011 dikendalikan oleh Pn. Ummi Kalsom Binti Ahmad. Program ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dengan penayangan cerita menggunakan e-book berjudul ‘The Mummy’. Murid yang menonton dikehendaki membaca bersama-sama secara lisan
dengan suara yang kuat dengan bimbingan guru. Cerita ini ditayangkan selama 35minit berserta dengan beberapa pengisian aktiviti interaktif seperti:

i) Menyusun ayat membentuk sebuah cerita
ii) Memadankan gambar dengan penyataan
iii) “phonic”
iv) Kamus bergambar

Murid yang menyertai program ini diberikan sijil. ‘sticker’ dan penanda buku yang dibekalkan oleh pihak Scholastic Malaysia.

Selasa, 4 Oktober 2011

Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Bengkel ini telah diadakan di SMK Seri Badong dan SK Tok Mat Salleh pada 3 Oktober 2011.  Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya.

Sekitar Bengkel Asas Pengurusan PSS dari Blog PKG Yan













Khamis, 25 Ogos 2011

Khamis, 21 Julai 2011

Bulan Membaca Peringkat Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh Tahun 2011

AKTIVITI BULAN MEMBACA
TAHUN 2011

        Sepanjang bulan Julai 2011, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan Membaca. Perasmian Bulan Membaca telah diadakan pada 05 Julai 2011 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Tok Mat Salleh iaitu En. Hasim bin Din. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan, bercerita, ulasan buku dan sajak. Setiap kelas dibekalkan dengan buku – buku cerita untuk sudut bacaan di dalam kelas.
Pada bulan ini juga, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan membaca. Aktiviti – aktiviti yang telah diadakan merangkumi penglibatan  murid – murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan ialah :

·        Panitia Bahasa Melayu -  Mengarang Esei Pendek, Kuiz, dan Membina Perkataan
·        Panitia Bahasa Inggeris  - Kuiz, Crossword Puzzle dan  Grammar
·        Panitia Bahasa Arab - Kuiz dan Pertandingan Nyanyian Bahasa Arab

Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik dikalangan murid – murid SK Tok Mat Salleh.

Sabtu, 18 Jun 2011

SELAMAT HARI BAPA...(AHAD, 19 JUN 2011)



Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Little Mike
Jun 2007


Jumaat, 3 Jun 2011

Aktiviti Semasa Cuti

Sepanjang cuti pertengahan tahun ini, murid-murid Tahun 6 giat menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi UPSR yang semakin hampir. Setelah penat berhempas-pulas menjawab soalan-soalan latihan, mereka meringankan tulang untuk mengemas PSS pula. Terima kasih....



Selasa, 31 Mei 2011

A Doctor In The House, The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad




“Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah.
Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman”
~ Tun Dr Mahathir Mohamad ~

Buku setebal 809 mukasurat ini menceritakan kehidupan dan cabaran dihadapi Tun Doktor Mahathir Mohamad dan era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Dan antara yang disentuh ialah Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai mentor beliau. ** Baca selanjutnya**

Sabtu, 28 Mei 2011

Selamat Bercuti......

Pihak PSSSKTMS mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru dan murid-murid tersayang..Walaupun namanya bercuti, untuk murid2 tahun 6, jangan lupa hadiri kelas tambahan..buat guru-guru juga, selamat menyelesaikan tugas2 yang 'tertunggak'...Apapun..ENJOY YOUR HOLIDAY!



Isnin, 23 Mei 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah sekolah
Berasal dari sekolah rakyat yang didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung serta dinamakan Sekolah Rakyat Ruat. Dirasmikan pembukaan oleh Tuan Stowell pada 13 Oktober 1936 iaitu Ketua Pegawai Pelajaran Kedah ketika itu. Ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh pada tahun 1985 kerana mengenang jasa `Allahyarham Encik Salleh Bin Ideris yang telah menghadiahkan tapak untuk sekolah seluas 2 relong.Pada tahun 1987, kerajaan telah mengambil alih sekolah ini dengan keluasan keseluruhannya iaitu 10a.0r.0p.