Khamis, 21 Julai 2011

Bulan Membaca Peringkat Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh Tahun 2011

AKTIVITI BULAN MEMBACA
TAHUN 2011

        Sepanjang bulan Julai 2011, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan Membaca. Perasmian Bulan Membaca telah diadakan pada 05 Julai 2011 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Tok Mat Salleh iaitu En. Hasim bin Din. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan, bercerita, ulasan buku dan sajak. Setiap kelas dibekalkan dengan buku – buku cerita untuk sudut bacaan di dalam kelas.
Pada bulan ini juga, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan membaca. Aktiviti – aktiviti yang telah diadakan merangkumi penglibatan  murid – murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan ialah :

·        Panitia Bahasa Melayu -  Mengarang Esei Pendek, Kuiz, dan Membina Perkataan
·        Panitia Bahasa Inggeris  - Kuiz, Crossword Puzzle dan  Grammar
·        Panitia Bahasa Arab - Kuiz dan Pertandingan Nyanyian Bahasa Arab

Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik dikalangan murid – murid SK Tok Mat Salleh.